About.com

About.com
Click at this pic to get info about mountainbiking

Monday, December 28, 2009

monsoon ride gambang semuji dis 2009

26 dis 2009,

 0900am,
Hari ini adelah hari kerja aku Shift petang,
semalam semasa kerja, wak rosni mengajak aku untuk menyertai activiti die pada hari luas (27 dis mountain biking) so ari ni aku kene ambik MC lah kat tempat kerja coz tidak sempat ambil cuti(kalau nak mintak cuti sekurang-2nye apply 1 minggu awal) kerana rombongan kene bertolak pada hari ini pada pukul 11 berkumpul kat kedai basikal Lan kat kampon jawa ! pagi ni awal pukul 0930am aku pon keluar lah pergi ambil MC..

0945am,
aku sampai kat klinik naik motor dari rumah, tau-tau kene tunggu doktor pulak.. aku tanye kat kerani klinik tu die cakap doktor sampai dalam pukul 1030am. so aku pon tunggu lah sampai pukul 1030am tengok doktor tidak sampai-sampai! rupe2nye pukul 1050 baru lah die sampai dah lah aku tunggu die dari pukul 0945am sampai pukul 1050am lame tu! dah lah nak kene bertolak pukul 1100am!

dah nak balik tu hujan lah pulak... dalam hati (tidakkk... mampos aku kene marah ni lambat) tibe-tibe hand phone aku berbunyi

aku      : assalamualaikom ejat..
Ezzed   :wasalm, bro kat mane?
aku       : aku kat klinik lagi ni, hujan pulak.. asal??
Ezzed   :bro member kat kedai Lan dah bising ni! ko tak sampai-sampai lagi!
aku      : ok ok.. aku nak gerak gi sanae lah ni..
Ezzed  : ok..

aku tutup ke call tadi pastu nekad rejah aje hujan tu.. keliling aku mat-mat motor berteduh je
semua tengok aku redah... ape boleh buat aku dah lambat ni! ape-2pon aku dah dapat surat MC now
cepat2 kene pergi kat kedai Lan!

Dari klinik tadi hujan kemainlah lebatnye tau-tau sampai je kat kawasan rumah aku kering kontang, tak hujan langsung(menyumpah-2 dalam hati)  cepat2 aku naik ke bilik untuk kelangkabut packing barang(hehe tu lah  semalam malas nak kemas kan padan muke aku) lepas semua barang all pack untuk 2 hari 1 malam! terus aku rush keluar naik motor strait away ke kedai Lan di kampung jawa..

Sampai-sampai je kat sana dalam 15 minit redah traffic jam, semua dah ready. Memang dieorg dah ready tok berangkat, basikal baru aku terus naik Van (RotorX team punye Van) tak sempat aku nak test drive!(dalam hati takpelah coz semalam Wak Rosni dah Call Lan suruh die set up basikal aku baik2) aku pon terus bayar habis harga basikal tu(RM2500) pastu ambik lah sikit-2 bayang keperluan seperti seluar ade pad(bran Scott memang seluar untuk riding) dengan glove. Dalam masa sama satu orang member dari team RotorX sampai juga di kedai lan ni(ingt tadi dieorg memang tunggu aku sorang... lega lah kalau macam tu)  member tu pon memperkenalkan nama die Rudy... dengan ikhlas aku menyambut salam perkenalan itu!

Selesai je try seluar scott aku tu aku pon bayar lah harga seluar dengan glove tu (seluar tu lan tolak dengan aku ngam-2 Rm100 glove tu pulak 40 half glove) semua basikal team RotorX dah masuk kat dalam Van tu.
Yang tolong masuk kan basikal ke dalam van tu adalah orang kuat RotorX Abang Wahid dan yang empunya Van dan juga ahli RotorX Farid... aku pon terus masuk ke dalam Van untuk bertolak...
secara tidak langsuang aku pon dah rasminya menjadi salah seorang member RotorX(banga siut) Van pon bertolak.. orang pertama yang perlu diambil adalah Wak Rosni.

Dari kedai Lan bertolak ke rumah wak rosni mengambil masa lebih kurang 20 minit, tidak lah jauh mane pon tapi disebabkan oleh traffic jam dan traffic light lambat lah pergerakan kami.. sampai sahaja di rumah Wak Rosni lebih kurang pukul 1210 tengah hari tengok je di hadapan rumah, Wak Rosni tengah set up basikal die..
untuk hari esok main offroad die bawak basikal fuji die.. tampa buang masa bukak je pintu Van tu kami memasukan basikal fuji Wak Rosni ke dalam Van.. dan bersalam dengan orang rumah WakRosni untuk berangkat..

Bertolak dari rumah Wak Rosni kami teruk bertolak ke shah alam untuk menjemput lagi seorang member RotorX yang tinggal di alam impian.. dekat sahaja dengan rumahWak Rosni ikot jalan belakang (jalan baru buka 70% siap) cantik betul rumah kat sana.. rumah samiD berharga Rm600K (giler siut kalau dapat tinggal sini siap ade pintu jaga) tidak sampai 10 minit dah sampai di rumah abg tu..(sory lah aku tak ingat name die) die pon dah siap-2 tunggu kiteorg datang.. sama macam  kat rumah Wak Rosni tadi.. laju2 je masuk kat dalam Van dan terus memulakan perjalanan kami menuju ke gambang...




dalam perjalanan biase lah semua lapar... so dieorg pon bercadang nak berhenti kat satu tempat best.. untuk makan mee kari... jadi kami pon berhenti lah die petrol station dan makan di restoran bernama "D'paya serai" betol lah mee kari die best gak.. mangkok besar punye.. kat sane terserempak pulak dengan Dato Zainal abidin... bekas pemain bola malaysia.. kami berjabat tangan.. tetapi kami tidak lepak lame, dan meneruskan perjalanan dengan perut yang penuh huhuh...

No comments:

Post a Comment