About.com

About.com
Click at this pic to get info about mountainbiking

Monday, December 7, 2009

Mountain bike : Cari angin part 2

Dec 05 2009


Today the 2nd day for cari angin with my mountain bike "besi"(heavy), even last nite i only get to sleep only about 2 hours! (sleep at 0300am and wake up at 0530am for subuh prayer)redah je....

0600am,
Siap berpakaian sukan(bukan pakaian sebenar mountain baiking) dan terus bertolak ke rumah Ezzed(teman seangakatan "kaki kayuh") di Taman Pandamaran menaiki Motor buruk aku ("kriss" dah 3 tahun aku pakai) dalam masa perjalanan lebih kurang 20 minit dari rumah aku di "sungai udang" klang dengan kelajuan 100 km/j(sejuk wow kol 0600am bawak laju2... beku...)


0620am,
Tiba di rumah Ezzed, tengok2 die dah ade dekat belakang kereta die(4x4 ford escape) sedang memasukan basikal kami. All ready, tayar bergolek(bertolak) pada pukul 0640am coz kene tunggu seorang lagi kaki kayuh("Amirul"ahli ke tiga) yang terlewat sikit(mayb die terlajak subuh tadi, tu yang lambat) nasib baik datang juga hehe!





0640am,
Perjalanan bermula, bertolak dari Taman Pandamaran "rumah Ezzed" menuju ke pit stop yang pertama iaitu Shah Alam (tak tau ape name taman die) Rumah kaki kayuh "Otai" yang memperkenalkan sukan mountain biking kat kami(bernama "Wak Rosni") perjalanan tidak berape jauh dalam mase 10 minit kami tiba di hadapan rumah "Wak"!(tujuan singah ke rumah Wak Rosni untuk meminjam satu basikal dari Wak untuk Amirul)



0700am,
Mula bertolak dari rumah "wak", dari cadangan Ezzed pit stop ke dua adalah shah alam(tak tau mane die nak bawak) terus ford escape bergerak! perjalanan mengambil masa hampir 30 minit sehingga sampai ke Bukit Bandaraya! ini pertama kali saya sampai sini, kawasan perumahan baru yang berbukit dan masih kurang penduduk. Tempat ini memang sesuai untuk mountain biking, cabaran pertama jalan raya yang berbukit!


0730am,
Kayuhan bermula melalui kawasan taman dan melalui jalan raya yang landai, lebih kurang 10 minit kayuhan semakin mencabar kerana perlu mendaki dalam jarak lebih kurang 500M! terasa kejang kaki mengayuh walau pon telah menggunakan gear paling ringan(ape boleh buat! pakai basikal besi, berat wow) tetapi setelah sampai di puncak perlu membuat "pusingan U" mengikut jalan raya! tetapi selepas itu kami semua dengan muka yang senyum turun bukit dengan laju hehehe.. hilang penat!





selepas melepasi tempat parking kereta, kami terlihat satu port yang agak extream! lalu kami pergi membuat tinjauan, memang dashat bukit ke pam air tu! kami membuat latihan mendaki sebanyak tiga kali dakian, sampai nak pengsan wow! mane tidaknya, baru je belajar kayuh dah belasah bukit!(kami namakan bukit tu "bukit taubat") selesai sudah cubaan pendakain bukit 70 darjah tu terus kami balik ke tempat parking dan pulang ke rumah!( kami pulangkan dulu basikal pinjam tu sebelom pulang)....dalam perjalanan pulang ke rumah kami ternampak pulak satu restoran melayu, dari luar ternampak lah abg tukang buat roti canai tengan tebar roti canai! nampak macam sedap je, lagi-2 time tengah penat2 macam ni.



ape lagi singgah lah, masing2 ambil air 100 plus( memang sedap time2 dah kehilangan tenaga! aaa... nikmat) desebabkan dari jauh tadi ternampak roti canai, so order roti canai lah( bukan calang2 lagi. saya dan ezzed masing2 ambil dua roti kosong banjir kuah dhal sambal! amirol ambil roti telur) kekenyangan tahap lentok ni!( Rugi je pas penat2 bakar lemak, yang tambah lebih lagi dari yang dah terbakar hehehe...)




cabaran menanti kami pada hari esok!

No comments:

Post a Comment