About.com

About.com
Click at this pic to get info about mountainbiking

Monday, December 7, 2009

Mountain bike : Cari angin part 3

Today Dec 6,
Semalam dari cari angain part 2, "Wak" tidak ikut kami ke "Bukit Bandaraya"(bukit taubat). Tetapi pada hari ini"wak" yang mengajak kami bertiga untuk turun shah alam, ikut "wak" kayuh!

0530am,
setelah penat berkayuh semalam, hari ini kami diajak untuk berkayuh dengan otai!
bangun subuh, lihat di luar "hujan",lalu saya menghantar message(sm)ke Ezzed untuk membatalkan niat untuk berkayuh pada hari ini, tetapi saya mendapat message balas dari Ezzed untuk terus kayuh tetapi kenalah tunggu hujan berhenti (Wak cakap lambat sikit pon boleh) setelah selesai subuh saya pon melelapkan mata sambil tunggu hujan berhenti!

0700am,
message masuk, dari Ezzed "Hujan dah berhenti jom lah gerak, amirul pon dah on the way datang sini " dah saya cume balas "OK", lalu terus saya mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi! dalam masa 15 minit saya dah siap bersiap untuk keluar!(pakaian sukan), macam semalam juga! bertolak dari rumah saya ke rumah Ezzed!

0735am,
tiba di rumah Ezzed, disana "amirul" pon sudah sampai! cuma tunggu saya je... hehe! (sowi lambat, biasa lah janji melayu) kami terus bertolak ke rumah "wak" dengan menaiki "Ford escape"!



0750am,
Tiba dirumah "wak"! wak baru je selesai panas badan,(Wak kayuh satu pusingan taman) lalu wak kelurkan dua basikal dari dalam rumah, hehe saya terus ambil satu dari basikal tu! Basikal untuk offroad color merah(mahal sikit tapi ringan),"wak kata ari ni "Azrin"(saya) cuba kayuh basikal ni" basikal yang lagi 1 tu "Wak" yang kayuh! Ezzed dan Amirul pakai basikal besi(heavy)




0800am,
mula bertolak dari rumah "Wak" mengikut "wak" jadi pandu arah(kayuh dari rumah "wak" ke Shah alam), melalui jalan belakang! kawasan sedang dibina bersambung ke jalan baru yang tiada kenderaan!

Keluar sahaja dari kawasan taman perumahan terus "wak" cuba kekuatan kami dengan mendaki ke puncak bukit kawasan rumah pam(tetapi jalan tu tidaklah berape tinggi,agak landai jugalah, tatapi penat juga mendaki) berehat dalam mase 1 minit lalu kami meneruskan perjalanan dengan menurun bukit dengan laju! kayuhan semakin lama semakin berat kerana perlu melalui jalan kereta yanag baru di buat(tar masih hitam lagi),dan perlu mendaki sebanyak 3 flyover! Bagai bukit yang tinggi perlu di terokai hehe.. penat betol nak panjat flyover tu(mintak nyawe jugak lah) masing2 dah pucat! tamat sahaja flyover tu jalan ni bersambung dengan jalan raya biasa yang tembus di belakang uptown shah alam!

Kali sudah berada dalam wilayah Shah Alam, Wak mengajukan soalan "alang2 kite dah sampai kat shah Alam ni, nak singgah rumah Jefri(member dari tempat kerja) tak??" kami setuju sahaja! dari uptown Shah Alam kami berkayuh ke Shah Alam "sec 18" untuk mencari rumah Jefri,sampai sahaja sec 18 kami tidak dapat mencari rumah yang dicari(hilang arah hehe, bukan sesat) lalu kami menggunakkan talian hayat(call je Jefri tu kan senang)





0900am,
akhirnya kami sampai juga di rumah Jefri, kami lepak2 agak lama juga sambil dihidangkan air milo dan mehoon goreng!(sedap tu memang sedap, tapi tidak boleh tambah "takot nanti bile kayuh abis die kelur balik(muntah)" hampir 1 jam jugalah kami melepak,bersantai sambil berborak di rumah Jefri! lalu kami pon meminta izin dulu untuk bertolak pulang kerana perlu menghadiri kenduri kawen nanti tengahari!













(Wak ajak untuk pusing shah alam dekat Dataran, tapi kami tidak mahu dah tidak larat lagi nak kayuh kerana sudah lame berhenti rehat so dah agak kejang2 kaki(next time lah kite pergi) jadi kami nak terus balik rumah, takot lambat sampai rumah nak siap nak pergi kenduri kawen)

1000am,
Mula bertolak dari rumah Jefri, pulang melalui jalan yang kami datang tadi! Rasa macam dah tidak larat nak kayuh(ape boleh buat datang naik basikal balik pon naik basikal lah hehe) laluan perlu mengikut flyover tadi, panas dah kaki ni mengayuh mendaki flyover!

Kali ini Wak membawa kami melalui jalan kampung, untuk try rasa macam mane offroad mountain biking! melalui jalan tanah merah dan kawasan berbatu yang tidak rata!( agak melencong dari jalan datang tadi tapi "short cut") baru saya tahu onroad dengan offroad, offroad lagi memerlukan tenaga yang banyak. kayuhan perlu maintain pada speed yang sesuai tampa henti(kalau stop kayuh tak bergerak lah basikal tu) teras lebih berat dari jalan raya!

lebih kurang 40 minit kayuhan melalui jalan belakang akhirnya tembus juga memasuki kawasan taman rumah Wak! lega dah bila mula melalui jalan raya, "saya belum lagi bersedia untuk game offroad, kene cari angin lagi banyak. Offroad perlukan stamina yang tinggi dan mind controll, banyak lagi saya kena belajar"

Akhirnya dalam masa 5 minit sudah sampai di hadapan rumah wak, tamat sudah tugasan pada hari ini! ops.. ade satu lagi tugasan belum selesai, tugasan akhir "cleaning section" lah pulak..


dah pakai basikal kotor2 kene cuci lah, tak kan biar kotor je kan! basuh kotoran dengan air dan perlu lap dengan kain kering sehingga kering! Sekarang baru seleasi sesi untuk hari ini, kami agak berpuas hati juga. tidak sangka kami boleh kayuh bergitu jauh!



selesai sudah semuanya, hari ini hari yang sungguh memenatkan (kami tidak cukup rehat dari semalam, 2hari berkayuh) kami pon meminat izin untuk pulang, memasukan basiikal ke dalam ford escap dan terus pulang kerumah...Tamat









Banyak lagi cabaran yang kami akan lalui pada akan datang.
teruskan mengikuti perkembangan kami..kalau nak join pon kami mengalu2kan dengan tangan yang terbuka..

No comments:

Post a Comment